RSS

filem magika

solace Filed Under:
Photobucket
Filem ini sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan remaja, justeru ia memerlukan publisiti lebih awal supaya mampu menarik minat ibu bapa atau keluarga membawa anak-anak ke pawagam.

"Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Saya yakin, dalam tawa, penonton pasti menjiwai beberapa babak yang meruntun emosi," kata Norman.

Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan vogue! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Photobucket

bersesuaian dengan genre filem itu sebagai muzikal pengembaraan pertama Malaysia, Magika menampilkan hampir 14 lagu baru yang semuanya ciptaan Edry. Lebih menarik, semua lagu berkenaan dinyanyikan sendiri oleh setiap pelakon tanpa menggunakan khidmat penyanyi profesional. Justeru, jika anda tidak pernah melihat aktor atau aktres kesayangan anda menyanyi sebelum ini, tapi menerusi Magika, mereka turut dikenali sebagai penyanyi!

Photobucket

"Magika adalah percubaan pertama KRU Studios menghasilkan filem muzikal pertama buatan Malaysia. Namun, ia bukan 100 peratus filem muzikal sebaliknya 50 peratus artis menyanyi, selebihnya berlakon. Magika bukan meniru filem Hollywood seperti High School Musical atau Mama Mia yang boleh dikategorikan 100 peratus filem muzikal.

Photobucket
Magika Trailer


JUDUL: Magika
GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia) KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung) TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009 LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor. KOS PRODUKSI: Sekitar RM1.8 juta hingga RM2 juta, tidak termasuk promosi (Bayaran pelakon saja melebihi RM500,000) LAGU TEMA: Penyembuh Rindu (duet Mawi bersama Diana Danielle) PROSES AKHIR/KOS: Tujuh hari di Bangkok/Membabitkan bajet hingga RM400,000. JANGKA TAYANG: Februari atau Mac 2010.


Diana Danielle Dan Mawi Penyembuh Rindu OST MAGIKA

edit post

0 Responses to "filem magika"

Post a Comment