RSS

money duit

solace Filed Under:
Setiap akhir bulan kita dapat gaji....cukup ker? cukup atau tidak terpaksa terima dan bersyukur dengan apa yang ada...walaupun jika gaji kita RM10K tapi kalau hutang keliling pinggang pun tak bermakna juga...
gaji kasar atau gaji bersih?...tolak hutang sana sini.. bayar kereta, PTPN, insuran, dll...lepas tu pulak perbelanjaan harian minyak kereta, makan dan lain-lain...berapa sangatlah yang kita dapat?

Photobucket
Ada orang buat kerja sambilan...berniaga kecilan katanya..ada juga yang buat jualan langsung..aku pernah cuba dulu tapi itu pun sebab kesian dengan kawan-kawan yang mempromosi bagai nak rak....bukan sekali tapi beberapa kali!!!..semuanya hampeh..hangat-hangat tahi ayam...bukan main lagi mereka mempromosi pd aku untuk sertai tapi bila dah masuk serta ..lama-lama senyap, duit pun lesap...habuk pun tarak...
Tidak ada jalan pintas untuk kaya, semuanya kena usaha sendiri...jawapannya "hari-hari kerja"...

Tadi masa makan tengahari kawan sekerja aku beritahu yang dia sertai pelaburan ikan keli..katanya menguntungkan...dia melabur RM1300 dan mendapat faedah pulangan lebih kurang RM500-RM1000 sebulan..ermmm menarik bunyinya...tapi masalahnya boleh percaya ke?patutkah aku sertai ?

"Kring kring" hello ...ko nak tak jadi ejen insurans..pendapatannya boleh tahan.. kalau ko dapat customer yang sanggup ambil pakej RM200 sebulan, ko akan dapat RM50 sebulan..kalau ko dapat sepulun customer ko akan dapat RM500 sebulan...amacam?..

Kawan yang kerja dekat Qatar hantar emel,dia mengajak aku berniaga barangan Arab dari Qatar, aku minta dia hantar gambar barangan yang dimaksudkan beserta harga.. kalau ianya menarik apa salah nya aku cuba kan...

NUffnang pun salah satu cara nak buat duit,setakat ni aku dapat RM..... oklah tu....sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

p/s:please nang me...or click nuffnang

edit post

0 Responses to "money duit"

Post a Comment